29 Jan-MGK SK.Mak Lagam telah mengadakan suatu majlis bagi mengenang jasa dan pengorbanan ahli yang telah bertukar dari SKML mulai sesi 2009 yang lalu.Mereka adalah En.Azman B. Sulaiman yang bertukar ke SK Geliga, Pn.Radziana Bt Sulong juga bertukar ke SK.Geliga dan Pn.Rahimah Bt Jamil yang bertukar ke SK.Pusat Kemaman.Pada majlis itu En.Lokman B. Yahaya yang juga Pengerusi MGK melahirkan rasa terharu di atas kehilangan guru-guru berkenaan namun terpaksa akur kerana sebagai kakitangan kerajaan pertukaran sebegini adalah perkara biasa.Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan guru-guru berkenaan sepanjang di SKML dan berharap dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru.Pada majlis itu juga beliau telah sudi menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru-guru yang terlibat sebagai kenang-kenangan dari MGK SK.Mak Lagam
AbA..