19 FEB-Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK.Mak Lagam telah menganjurkan Majlis Permuafakatan & Temumesra antara ibubapa, pelajar-pelajar Tahun 6 dan guru-guru SKML.Program ini diadakan bagi memupuk semangat dan kerjasama antara ibubapa pelajar yang bakal menduduki UPSR 2009 dengan pihak sekolah.Dalam majlis ini ibubapa/penjaga murid telah didedahkan dengan pencapaian semasa pelajar , sasaran yang hendak dicapai dalam UPSR 2009, kerjabuat untuk mencapai sasaran dan sesi dialog.Majlis ini turut disertai oleh Guru Besar SKML En.Che Ruslan Abdullah dan Pengerusi PIBG En.Suhaimi Mat Zin.Program sebegini diharap akan dapat diteruskan lagi dengan penyertaan ibubapa/penjaga pelajar yang lebih memberansangkan.
AbA...