17JUN-Di permulaan sesi persekolahan penggal II ini,SKML telah dikejutkan dengan pertukaran dua orang gurunya iaitu En.Lokman B. Yahaya yang telah bertukar ke SK.Pusat Jerteh dan En.Mohd Shah Rizal B. Abu Bakar yang telah beralih arah ke Pusat Kegiatan Guru Binjai sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan. En.Lokman adalah Pengerusi MGK SKML sesi 2008/09 dan beliau bukan sahaja berjaya memimpin MGK tetapi juga telah memberi sumbangan bermakna dalam akademik dan kokurikulum. Sementara En.Mohd Shah Rizal bukan sahaja seorang yang aktif dalam sukan hoki dan badminton di peringkat jabatan tetapi juga pakar dalam ICT.Kehadirannya telah meletakkan SKML selangkah ke hadapan dalam ICT dengan kewujudan website ini.Kepada mereka,kami di SKML mengucapkan syabas dan tahniah,semoga maju jaya di tempat baru.Segala budi baik kalian dalam ingatan..
AbA..