17 SEPT- Menjelang Sambutan Hari Raya yang bakal tiba,pihak sekolah telah mengadakan Majlis Salam Aidil Fitri di Dewan SKML tengahari tadi.Pada majlis itu Guru Besar & GPK HEM SKML telah menyampaikan ucapan dan peringatan kepada seluruh warga SKML sempena Hari Raya yang bakal menjelang.Semua pelajar yang hadir telah mengambil peluang bersalaman & bermaaf-maafan dengan semua guru dan mereka juga telah diberikan sedikit sumbangan duit raya.Anak-anak yatim juga tidak dilupakan. Sumbangan duit raya & hadiah untuk anak-anak yatim adalah dibiayai sepenuhnya oleh guru-guru SKML hasil kutipan derma yang dibuat sebelumnya.Tahniah & terima kasih buat seluruh warga SKML..
AbA..