Temasya Sukaneka SKML 09
Tuesday, 10 November 2009

10 NOV-Unit kokurikulum SKML telah berjaya mengadakan Temasya Sukaneka di Padang SKML pada hari ini.Temasya yang diadakan pada jam 8.30 pagi hingga 02.00 petang dimulakan dengan perbarisan setiap rumah sukan diikuti dengan bacaan ikrar sukan.Temasya sukan pada hari ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Mak Lagam En.Suhaimi B. Mat Zin.Pelbagai acara sukaneka telah disusun melibatkan pelajar pra sekolah hingga tahun 6.Acara melibatkan ibu bapa pelajar dan guru-guru SKML juga disediakan seperti mengayam ketupat dan acara tarik tali.Rumah merah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.Kepada para pelajar yang berjaya mendapat hadiah,syabas & tahniah diucapkan begitu juga dengan rumah sukan yang berjaya menjadi johan..Rumah hijau jangan putus asa,lain tahun cuba lagi....

AbA....